Dari kiri:1. Alice You, Ketua Peruncitan NU Sentral2. Sanggari Athimulam, Pengurus Operasi, Slim Chickens Malaysia3. Shuen Chiu, Pengarah Pemasaran, Slim Chickens Malaysia4. Amirul Ashraf Ravi, Pengurus Halal, Rantaian Bekalan dan Jaminan Kualiti, Slim Chicken Malaysia
9 April 2026, 10:00am
KUALA LUMPUR - Slim Chickens Malaysia, jenama menjamu selera kasual-pantas (fast-casual) yang berkembang pesat dan diiktiraf di peringkat global, hari ini mengumumkan pelancaran rasminya di Malaysia, menandakan kemunculan sulung francais tersebut di Asia.
Slim Chickens terkenal dengan pengalaman menjamu selera kasual-pantas berinspirasikan gaya Selatan (Amerika Syarikat), menampilkan kepingan tender ayam (chicken tenders) yang disediakan segar, sos ciptaan khas (house sauces) dan tawaran menu masa terhad yang disesuaikan dengan cita rasa tempatan.
Pada hari Rabu 8/4/2026, Slim Chickens Malaysia telah mengadakan acara bagi menandakan pelancaran rasmi Slim Chickens di Malaysia serta pembukaan cawangan keduanya di Malaysia yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur. Cawangan pertamanya telah dibuka pada bulan Jun 2025 di SS15, Subang Jaya.
Acara tersebut telah dirasmikan oleh pasukan kepimpinan kanan Slim Chickens Malaysia, yang diketuai oleh Shuen Chiu, Pengarah Pemasaran; Amirul Ashraf Ravi, Pengurus Halal, Rantaian Bekalan dan Jaminan Kualiti; Sanggari Athimulam, Pengurus Operasi; serta Ketua Peruncitan NU Sentral, Alice You.
Shuen Chiu, Pengarah Pemasaran Slim Chickens Malaysia, berkata:
“Kami amat teruja untuk mengumumkan pelancaran rasmi Slim Chickens Malaysia dan pembukaan cawangan kedua kami di NU Sentral. Pelancaran hari ini menandakan kemunculan sulung Slim Chickens di Asia, sekali gus memulakan pelan pengembangan jangka panjang jenama ini yang mampan di seluruh rantau ini. Di Malaysia, kami menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 9-12 lagi cawangan dalam tempoh 2-3 tahun akan datang.
“Slim Chickens berada dalam kategorinya yang tersendiri - iaitu kategori *chicken tenders* kasual-pantas: kami bukanlah sebuah restoran makanan segera, ayam goreng Korea mahupun ayam panggang. Sebaliknya, tumpuan kami adalah untuk menghasilkan kepingan isi ayam yang ringan, rangup, penuh rasa dan berjus menggunakan tender ayam segar yang asli. Ia dipadankan dengan 12 pelbagai variasi sos buatan sendiri untuk cita rasa yang berbeza, dinikmati dalam persekitaran yang menyeronokkan untuk diluangkan bersama rakan-rakan dan keluarga.
“Rakyat Malaysia mempunyai cita rasa makanan yang sangat teliti, dan inilah yang sentiasa kami saksikan di cawangan pertama kami - kadar pelanggan yang kembali kepada kami adalah tinggi, dan peminat terbesar kami ialah mereka yang memahami dan mementingkan aspek kualiti serta rasa. Kami amat terdorong dengan perkara ini dan akan terus menghidangkan makanan premium yang diidam-idamkan dengan kualiti terbaik, rasa yang bersih dan konsisten, pada harga yang berpatutan.
“Sebahagian besar daripada Slim Chickens juga adalah mengenai layanan mesra ala Selatan (Southern hospitality) - kebaikan, kemesraan, membina serta mengalu-alukan komuniti ke dalam ‘rumah’ kami, dan itulah yang kami teruja untuk bina di samping tumpuan terhadap produk kami. Kami percaya bahawa makanan menyatukan manusia, dan itu adalah sebahagian daripada fokus pertumbuhan kami. Terus ikuti perkembangan untuk lebih banyak perkara menarik yang akan datang daripada kami.
“Kami juga berbangga untuk mengumumkan bahawa Slim Chickens Malaysia telah memperoleh pensijilan halal untuk premis operasi kami. Kami turut mengekalkan kawalan dalaman yang ketat merentasi keseluruhan rantaian bekalan kami, bermula daripada penyumberan bahan-bahan yang disahkan halal hinggalah kepada penyediaan makanan dan operasi dapur, bagi memastikan setiap hidangan yang kami sajikan memenuhi piawaian halal yang tertinggi.”
Slim Chickens terkenal di seluruh dunia kerana makanannya yang segar dan dimasak mengikut pesanan (cooked-to-order) serta pangkalan peminatnya yang setia, yang dikenali sebagai “Slimthusiasts.” Keunikan Slim Chickens terletak pada tawaran pelbagai pilihan sos pencicahnya yang meluas, membolehkan pelanggan merasai profil rasa yang berbeza pada setiap lawatan. Menunya juga lebih luas berbanding banyak jenama lain dalam segmen yang sama - menampilkan chicken tenders, salad segar, sandwic, kepak ayam, dan hidangan sampingan yang unik. Cawangan-cawangan Slim Chickens juga direka dengan susun atur yang terbuka dan mengundang, mencerminkan fokus jenama terhadap layanan mesra.
Sambil melebarkan sayapnya dengan lebih mendalam di Asia, Slim Chickens meneruskan trajektori pertumbuhan yang pesat yang menyaksikannya muncul sebagai salah satu konsep ayam kasual-pantas yang paling menarik di peringkat global. Jenama ayam kasual-pantas terkemuka ini turut memberikan peluang francais yang utama, menawarkan wilayah pembangunan pelbagai unit yang premium, pasukan kepimpinan yang bersemangat, serta sistem sokongan francaisi bertaraf dunia.
Pada 2025, Slim Chickens meneruskan momentum cemerlangnya dengan peningkatan hampir 25% dalam pertumbuhan restoran global. Terdapat lebih daripada 300 cawangan Slim Chickens di seluruh dunia, dengan UK dan EU menjadi pasaran jenama itu yang paling pesat berkembang. Setakat Ogos 2025, terdapat lebih daripada 1,000 lokasi Slim Chickens yang sedang dalam fasa pembangunan di serata dunia. Pada tahun ini, Slim Chickens merancang untuk meneruskan pengembangan globalnya, dengan menyasarkan pasaran-pasaran baharu termasuk Poland, Turki, Arab Saudi dan Filipina.
Pelancaran Slim Chickens di Malaysia dilaksanakan sewaktu pertumbuhan kukuh dalam sektor perkhidmatan makanan tempatan. Menurut analisis pasaran oleh Mordor Intelligence, pasaran perkhidmatan makanan Malaysia telah dinilai pada USD16.67 bilion (kira-kira RM67 bilion) pada tahun 2026 dan diunjurkan berkembang kepada USD30.74 bilion (kira-kira RM124 bilion) menjelang tahun 2031. Angka ini mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 13.05% antara tahun 2026 dan 2031. Perkembangan sektor ini terutamanya didorong oleh peningkatan kuasa beli pengguna, pertumbuhan ekonomi yang stabil dan peningkatan penggunaan aplikasi pesanan mudah alih.
Web Edited by YAN PHENG LIANG
yanphengliang@suketv.com